TENTANG KAMI

PENGENALAN

CITY COLLEGE LABUAN (City College) atau Kolej Pengurusan Perniagaan Kotaraya telah memulakan operasi asalnya pada tahun 1999 di Kuala Lumpur, Malaysia. City College dimiliki oleh Syarikat Pacific Samudera Sdn Bhd. City College turut mempunyai ‘sister college’ atau kolej sekutunya di Kuantan, iaitu Kolej Pacific Kuantan, yang turut dimiliki oleh syarikat Pacific Samudera Sdn Bhd.

City College telah mendapat kelulusan berpindah ke Wilayah Persekutuan Labuan dan beroperasi di No. 5012, Jalan Tanjung Batu, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan yang kini merupakan kampus tetap City College. Sebaik berpindah ke Labuan, City College merupakan kolej yang bernaung di bawah Yayasan Pembangunan Labuan.

Buat masa ini City College menjalankan dua program bertaraf diploma iaitu Diploma Pentadbiran Perniagaan dan Diploma Pengurusan Perhotelan yang mempunyai kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi Diploma Pentadbiran Perniagaan dan Diploma Pengurusan Perhotelan, kedua-duanya telah mendapat Akreditasi Penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Di samping itu, City College turut menjalankan program-program peringkat sijil dan jangka pendek yang dijalankan secara sepenuh masa dan separuh masa. Antara program-program tersebut adalah kursus Bahasa Inggeris, kursus Kewangan, Perbankan dan Kulinari.

Para pelajar City College juga layak memohon pinjaman daripada PTPTN bagi membiayai yuran keseluruhan yang mana ianya diuruskan sepenuhnya oleh pihak City College.

VISI

“ Komited di dalam menghasilkan graduan yang berkualiti yang mampu berkhidmat untuk masyarakat melalui  program pengajian  bersifat kebolehpasaran ”

 

MISI

“ Memastikan perlaksanaan program adalah mengikut standard dan piawaian yang ditetapkan oleh MQA.

“ Menekankan aspek kemahiran mengikut acuan industri. ”
.
“ Menerapkan elemen moral dan etika dalam diri pelajar melalui penglibatan aktiviti di dalam dan di luar bilik kuliah.

About Us

CITY COLLEGE LABUAN

No.5012, Jalan Tanjung Batu,

87000 Labuan, Wilayah Persekutuan

Labuan, Malaysia

Find us on Facebook

 

Get Connected

Premium Joomla Templates