Diploma Pentadbiran Perniagaan

DIPLOMA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (A 6688) 

Diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengiktirafan Akreditasi Penuh oleh MQA

Klik bagi melihat sijil akreditasi 

PENGENALAN

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang berdaya saing dan berilmu pengetahuan dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Sumber Manusia, Pemasaran dan Pengurusan Kewangan. Program ini dapat melahirkan graduan yang boleh berdikari dan mempunyai keyakinan diri untuk menerokai bidang perniagaan disamping memenuhi permintaan pasaran pekerjaan.

 

FAEDAH

Pada akhir program ini, pelajar akan dapat:

Meningkatkan kemahiran komunikasi di dalam bidang perniagaan.

Menjana idea lebih kreatif melalui penekanan yang diberi semasa sesi brainstorm sebagai aktiviti di dalam kelas.

Memahami situasi dan isu semasa global melalui praktis kajian kes.

Memahami etika perniagaan dan budaya di dalam organisasi sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam kerjaya.

 

PELUANG KERJAYA

Laluan kerjaya di peringkat Pengurusan Pertengahan dalam pelbagai bidang Perniagaan dan Pengurusan seperti Perakaunan, Pemasaran, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Pentadbiran ataupun menjadi seorang usahawan. 

 

PELUANG MENYAMBUNG PELAJARAN

Lulusan Diploma Pentadbiran Perniagaan berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta. 

 

STRUKTUR KURSUS

Pelajar perlu memenuhi jumlah jam kredit yang telah ditetapkan iaitu 90 jam kredit untuk melayakkan penganugerahan Diploma Pentadbiran Perniagaan. Metodologi pembelajaran termasuklah penyampaian latihan melalui syarahan, latihan tugasan dan kajian kes.

[Muat turun struktur kursus].

 

TEMPOH PENGAJIAN
2 ½ Tahun (7 Semester) 

 

KELAYAKAN MASUK

Lulus Sijil Pengajian Malaysia (SPM)

Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dalam SPM

Berumur 18 hingga 40 tahun.

 

KAEDAH PEMBAYARAN

Pembiayaan PTPTN

Bayaran melalui Pengeluaran Pendidikan KWSP

Bayaran sendiri secara tunai

About Us

CITY COLLEGE LABUAN

No.5012, Jalan Tanjung Batu,

87000 Labuan, Wilayah Persekutuan

Labuan, Malaysia

Find us on Facebook

 

Get Connected

Premium Joomla Templates