Diploma Pengurusan Perhotelan

DIPLOMA PENGURUSAN PERHOTELAN (A 9591)

Diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengiktirafan Akreditasi Penuh oleh MQA

Klik bagi melihat sijil akreditasi

PENGENALAN

Program ini melatih pelajar ke arah bidang yang berkaitan dengan industri perhotelan. Para pelajar akan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pengoperasian sesebuah hotel seperti operasi makanan dan minuman (F&B), pramusaji (waiter), operasi kaunter hadapan, housekeeping, pemasaran dan pengurusan acara, di samping aspek-aspek lain yang berkaitan seperti perakaunan dan perundangan. Melalui program ini, para pelajar bukan sekadar didedahkan dengan pembelajaran teori, tetapi juga akan terlibat secara langsung di dalam kelas-kelas praktikal seperti masakan, pengemasan bilik dan  servis di restoren. Untuk melengkapi program ini, para pelajar perlu menjalani latihan industri selama 4 bulan untuk memahami dengan lebih mendalam proses operasi dan pengurusan sesebuah hotel.

 

FAEDAH

Meningkatkan keyakinan para pelajar untuk berinteraksi semasa dan selepas belajar dengan pendedahan yang diberi melalui penekanan kepada aspek komunikasi dan perkhidmatan.

Memberi pengetahuan dan pemahaman mendalam berkaitan aspek penyeliaan dalam kepelbagaian pelaksanaan dalam industri perhotelan.

Memberi pendedahan berkaitan pengendalian operasi kaunter hadapan, pengemasan bilik, makanan dan minuman, catering, pemasaran dan jualan serta pengendalian acara .

Melahirkan graduan yang fokus kepada trend semasa dan isu etika dalam industry hospitaliti.

 

Prospek Kerjaya

Setelah tamat pengajian, graduan berpeluang bekerja sebagai eksekutif di hotel atau mengusahakan perniagaan sendiri. Selain itu, peluang kerjaya lain juga ditawarkan menerusi penglibatan di dalam pengurusan dan operasi:

  • Restoran
  • Masakan
  • Katering
  • Pelancongan
  • Kapal Persiaran
  • Pengurusan Acara
  • Pemasaran

 

Peluang menyambung pelajaran

Lulusan Diploma Pengurusan Perhotelan berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta.

 

STRUKTUR KURSUS

Pelajar perlu memenuhi jumlah jam kredit yang telah ditetapkan iaitu 92 jam kredit untuk melayakkan penganugerahan Diploma Pengurusan Perhotelan. Metodologi pembelajaran termasuklah penyampaian latihan melalui syarahan, latihan tugasan dan sesi amali.

[Muat turun struktur kursus].

 

TEMPOH PENGAJIAN
2 ½ Tahun (7 Semester) 

 

KELAYAKAN MASUK

  • Lulus Sijil Pengajian Malaysia (SPM)
  • Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dalam SPM
  • Berumur 18 hingga 40 tahun.

 

KAEDAH PEMBAYARAN

  • Pembiayaan PTPTN
  • Bayaran melalui Pengeluaran Pendidikan KWSP
  • Bayaran sendiri secara tunai

About Us

CITY COLLEGE LABUAN

No.5012, Jalan Tanjung Batu,

87000 Labuan, Wilayah Persekutuan

Labuan, Malaysia

Find us on Facebook

 

Get Connected

Premium Joomla Templates